Cari:
Abdul Ghani Abu: Menjejak Laluan Sutera Hati Melonjak Gembira
2011-11-03 08:38:09 CRI Cetak

Perjalanan udara dari Beijing ke Lapangan Terbang Antarabangsa Umurqi, Wilayah Autonomi Xinjiang mengambil masa empat jam. Pemandangan dari udara sungguh indah, dan lebih menarik lagi apabila dihidangkan menu pilihan Muslim yang ditanggung halal, malahan amat enak rasanya. Tidak banyak yang dapat dicatatkan dalam perjalanan ini kerana maklumlah langit biru dan awam mengelilingi kiri dan kanan kapal terbang. Namun, ingatan penulis terlintas pada cerita-cerita filem China yang berlatarbelakangkan zaman dahulukala, yang memaparkan puteri-puteri cantik dari kayangan!


Bersama-sama penduduk Kashgar di Umurqi

Pukul 12.30 tengah hari penulis sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Umurqi, dan penulis perlu segera mendaftar masuk untuk terbang ke Kota Kashgar pula pada pukul 2.30 petang. Sekali lagi pemeriksaan di sini agak ketat. Namun, tidaklah cerewet, cuma bagi memastikan penumpang tidak membawa barang-barang yang berbahaya dan mengancam keselamatan penumpang yang lain.

Dalam perjalanan udara ini, penulis sempat berkenalan dengan pemuda Krgyz, Abdul Syukur, yang berusia 26 tahun dan baharu sebulan melangsungkan perkahwinan. Beliau bekerja untuk kerajaan China menyediakan data-data percukaian, dan baru selesai tugasan di Shanghai. Alangkah rasa bangganya penulis apabila Syukur mengetahui serba-sedikit tentang Malaysia melalui mata pelajaran Geografi semasa di sekolah tinggi. Hal budaya, pelajaran dan keluarga menjadi topik perbincangan kami. Syukur fasih berbahasa Inggeris, semasa perbualan beliau menegaskan kerakyatannya ialah warganegara China dan dari etnik Krgyz. Berborak-borak dengan Syukur amat menyenangkan ditambah pula keramahannya. Penulis mula membayangkan nanti kemesraan penduduk Kashgar.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China