Cari:
Abdul Ghani Abu: Menjejak Laluan Sutera Hati Melonjak Gembira
2011-11-03 08:38:09 CRI Cetak

Selepas urusan pendaftaran masuk, penulis berehat seketika di bilik hotel. Perjalanan diteruskan untuk makan malam atau "gabi" di Restoran Muslim, Orda. Makanannya sungguh enak dan melazatkan, daging kambing dipelbagaikan corak hidangan, ada yang dibuat stik, dimasak bersama-sama nasi, dan dicampur sebagai rencah dalam mi. Di samping itu, buah-buahan segar menjadi pencuci mulut selain kuih tempatan yang melazatkan. Sambil makan, penulis dan rombongan dihiburkan dengan persembahan muzik tradisional secara langsung oleh tiga orang pemuzik; dua bermain gitar tradisional dan seorang bermain gendang. Alunan muzik berselang-seli, rancak dan perlahan.

Makan malam bertambah bermakna, apabila turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Biro Pelancongan Kashgar, Abdul Eni. Menurut beliau, "Penduduk di Wilayah Autonomi Xinjiang kira-kira 10 juta orang, tujuh hingga lapan juta orang terdiri daripada etnik Ughur. Di Kashgar pula terdapat empat juta orang penduduk, 92% daripadanya ialah Muslim. Di Kashgar, budaya makanan, pakaian dan reka bentuk bangunannya banyak dipengaruhi oleh etnik Ughur. Oleh hal itu, jika tidak sampai ke Kashgar, anda seperti tidak sampai ke Wilayah Autonomi Xinjiang; sama seperti orang kata, tidak sampai ke tembok besar China, maka tidak sampai ke Beijing. Kashgar bersempadan dengan lapan negara, seperti Afghanistan, Turmenikistan, Krgystan, Pakistan dan Kazastan.


Timbalan Ketua Pengarah Biro Pelancongan Abdul Eni (kanan)

Kini, terdapat penerbangan langsung dari Islamabad, Pakistan ke Kashgar yang memakan masa selama hanya satu jam. Terdapat juga penerbangan langsung dari wilayah Shanghai. Kini, terdapat usaha untuk membujat penerbangan terus dari wilayah Shenzhen, bagi menarik kedatangan pelancongan dari Asia Tenggara. Usaha menarik pelancong dilakukan dengan menyertai ekspo pelancongan dan memaparkan iklan-iklan di bandar-bandar utama di China."

"Dari Kashgar ke ibu kota Krgyztan tidak sampai 500 kilometer," tambah beliau.

Destinasi Kembara Muslim 2011 hari seterusnya ialah Masjid Ga dan Kota Kuno Kashgar. Bersambung ...

(Abdul Ghani Abu, editor Dewan Siswa DBP)


1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China