Cari:
Abdul Ghani Abu: Mencari Puteri Kashgar
2011-11-05 14:55:43 CRI Cetak


Di pasar ternak

Selepas melawat makam, destinasi seterusnya ialah pasar ternak. Pasar yang terletak di Jalan Guza ini haya dibuka tiga hari sebelum hari raya Qorban. Penduduk dari kawasan berhampiran, ada yang sejauh 40 kilometer membawa kambing masing-masing untuk dijual di sini. Harga seekor kambing yang dijual ialah antara 2500 hingga 3500 yuan mengikut jenis dan saiz. Yang uniknya, urus niaga di sini dijalankan secara tradisional, iaitu antara peniaga dengan pembeli tawar menawar dilakukan menggunakan isyarat tangan! Penulis sempat berbual mesra dengan penjual bernama, Wili, yang membawa lima ekor kambing untuk dijual.

Hari ini, menu makan tengah hari berbeza berbanding tiga hari lepas. Kali ini, penulis dibawa menikmati steamboat. Sungguh sedap! Kashgar bukan sahaja kaya dengan budaya, juga kaya dengan pelbagai jenis menu makan tengah hari.

1 2 3 4 5
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China