Cari:
Abdul Ghani Abu: Mencari Puteri Kashgar
2011-11-05 14:55:43 CRI Cetak


Xiang Fei

Di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, terdapat dua kawasan utama. Di bahagian utara terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang kaya termasuk gurun dan padang pasir, manakala di kawasan selatan terkenal dengan budaya masyarakat Uygur. Semasa zaman laluan sutera, bandar Kashgar menjadi pertembungan pengaruh Islam, Budha, Krisitian dan Hindu. Kini, Kashgar terkenal sebagai salah satu daripada enam pusat pengeluaran buah-buahan dunia.

Pada 2010, pendapatan sektor pelancongan di Kashgar berjumlah 900 juta Yuan. Dari Januari sehingga Oktober 2011, sebanyak 2.34 juta orang pelancong telah datang ke Kashgar dengan menyumbang kira-kira 900 juta Yuan. Pada tahun ini disasarkan jumlah pendapatan sektor pelancongan ialah 1.15 bilion Yuan. Bagi merancakkan kedatangan pelancong dari Asia Barat, kerajaan sedang berbincang untuk mengadakan penerbangan terus dari Dubai.

Begitulah hebatnya Kashgar yang terus malar segar sebagai destinasi utama perniagaan dan pelancongan semenjak zaman laluan sutera sehingga kini. Legasi keunikannya memberikan kemakmuran ekonomi kepada penduduk Kashgar khususnya kepada etnik Uygur.

Esok, perjalanan kembara akan diteruskan. Penulis akan terbang ke wilayah Ningxia pula dan akan ke kawasan Yinchuan. Terasa perut kenyang lagi dengan hidangan enak di Kashgar. Hati pula terasa sayu untuk meninggalkan bumi Kashgar... sudahkah menjumpai puteri yang dicari? Ya, Katreya! Rupa-rupanya gadis ayu jurupandu pelancong kami bukan sahaja hebat bertutur, malam tadi Katreya menari tarian masyarkat Uygur khusus kepada kami.

Bersambung...

(Abdul Ghani Abu, editor Dewan Siswa DBP)


1 2 3 4 5
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China