Pintu masuk bazar
Selepas makan tengah hari, penulis dibawa ke bazar Kashgar. Bazar ini sungguh besar dan mempunyai kira-kira 3000 kedai. Dibuka pada setiap hari dari pukul 10.30 pagi hingga 9.30 malam. Semasa hari kunjungan penulis yang kebetulannya penduduk di Kashgar sedang sibuk melakukan persiapan Hari Raya Qorban, lebih 20 000 pengunjung datang membeli-belah pelbagai jenis barangan, termasuklah pakaian, barang perhiasan, buah-buahan dan rempah-ratus. Pendek kata, 1001 jenis barang ada dijual di sini! Sempat juga penulis membeli-belah sedikit cenderamata untuk orang di Malaysia!