Cari:
Catatan Terakhir: Xinjiang yang Mempersonakan
2013-08-15 14:37:54 CRI Cetak

Hari ini hari terakhir saya bersama-sama sahabat dari Indonesia (Encik Ismar) dan dari Mesir (Encik Tarek Gabbas) berada di Xinjiang. Esok kami akan pulang ke Beijing dan saya akan pulang ke Malaysia. Selama 21 hari berada di China, khusunya Xinjiang benar-benar meninggalkan pelbagai kenangan dan kerinduan. Kami bersama-sama setiap hari dan akhirnya tiba jua hari perpisahan. Sungguh, ikhlas dari hati, saya berasa sebak mahu meninggalkan sahabat dan pegawai dari Radio Antarabangsa China (CRI) yang turut sama menemani kami ke utara Xinjiang.

Sebelum berpisah, saya mahu member sedikit ulasan atau juga catatan terakhir sebelum berangkat ke Malaysia. Pada mula-mula dimaklumkan oleh Ketua Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Encik Zubaidi Abas, yang meminta saya menyertai program Xinjiang Dalam Lensaku anjuran CRI, saya terkejut. Hal ini demikian kerana kira-kira 30 orang staf di Bahagian Majalah, beliau memilih saya untuk menyertainya. Pada mulanya, saya berat hati kerana Negara China sungguh jauh dari Malaysia dan saya juga tidak tahu berbahasa Mandarin. Saya meminta tempoh untuk berfikir dan berbincang dengan keluarga, dan beliau memberikan saya masa untuk member jawapan.

Saya menghubungi keluarga dan memaklumkan bahawa pihak DBP mahu menghantar saya ke Negara China. Di Wilayah Islam di Xinjiang. Mereka mengizinkan saya pergi walaupun program ini akan diadakan pada bulan Ramadan dan menyambut Aidilfitri di China. Bapa saya memberikan keizinan dan berharap saya beroleh pengalaman baru apabila berpuasa di tempat asing. Saya memberikan jawapan setuju kepada ketua saya dan mula membuat persiapan ke negara china.


1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China