Saya juga ingin merakamkan sedikit catatan tentang sahabat saya. Saya begitu berterima kasih kepada sahabat saya yang baik dan banyak membantu saya sewaktu di Xinjiang. Sahabat saya Ismar, peserta dari Indonesia seorang juru foto yang hebat dan profesional. Gambar yang diambil beliau sungguh cantik. Membawa 3 buah kamera yang membuatkan saya cemburu kerana gambar yang dirakamnya sungguh cantik. Dia seorang yang pendiam, namun sangat suka berbual apabila berbicara dengan. Boleh berbicara apa-apa sahaja. Boleh berbahasa Inggeris dan selalu menjadi pegawai penerangan kepada peserta dari Mesir. Sungguh berbudi bahasa orangnya dan baik budi bicara. Terima kasih Ismar. Selamat pulang dan kita ketemu lagi jika diizinkan Allah SWT.
Tarek Gabbas. Seorang yang kelakar dan banyak cerita yang kelakar keluar dari mulutnya. Orang kaya dari Mesir ini juga pandai mengambil gambar yang cantik dan menarik. Terima kasih kerana sentiasa menghiburkan kami semua. Pasti kami merindui Tarek Gabbas. Terima kasih Tarek, semoga kita bertemu lagi.
Saya juga berasa gembira berada di Xinjiang kerana ditemani oleh pegawai CRI yang mesra. Mereka setia melayani kami dengan baik. Terima kasih kepada Puan Melur yang menjadi penterjemahan saya. Seorang yang periang dan suka mengambil gambar wajahnya sendiri dalam pelbagai aksi dan gaya. Saya benar-benar gembira bersama-samanya.
Saya juga ditemani Zainab, penterjemah bahasa Arab. Sungguh ceria dan sangat meminati batu permata. Ke mana sahaja kami pergi, pasti akan dicarinya batu yang cantik. Pasti akan ditunjukkan kepada semua orang. Beliau Muslim dan sangat comel ketika berbahasa Arab. Sangat comel dan saya gembira ditemani beliau.
Sheng Shen yang berlesung pipit sungguh manis dipandang. Orangnya sangat cantik dan ceria. Pandai mengambil gambar dan sangat kelakar orangnya. Saya sentiasa tersenyum apabila bersama-samanya. Sangat pandai minum arak dan sukar mabuk. Saya gembira dapat menemui.
Saya berharap saya dapat menemui Melur, Zainab dan Shan Shan. Tidak dilupakan Kak Jia. Seorang yang comel walaupun lebih berusia daripada kami. Kulitnya mulus dan pandai merakam aksi kami melalui iphone kesayangannya. Sungguh comel.
Ketua Program, Pak Shu Khun, seorang ketua yang baik. Dia seperti abang sulung kepada kami. Baik, peramah, penyayang dan sangat prihatin dengan kami semua. Begitu manja dan mesra orangnya. Terima kasih kerana menjadi ketua yang baik kepada kami semua.