Cari:
Catatan Terakhir: Xinjiang yang Mempersonakan
2013-08-15 14:37:54 CRI Cetak

Ketika hari pertama tiba di Beijing, saya sungguh berasa gusar dan berdebar-debar. Ketika turun dari pesawat, saya tercari-cari bangsa Melayu, namun gagal. Bagaimana saya harus bertanya dan di mana pula tempat yang perlu saya menunggu Puan Nelawati dan Puan Melur? Saya gelisah namun ada seorang gadis cantik berbangsa Cina dari Indonesia menyapa. Beliau mahu meminjam pen daripada saya. Dia memperkenalkan diri, Stella Surya dan membawa saya ke tempat mengambil bagasi. Saya dibawa ke pintu ketibaan B. Alhamdulillah kelibat Kak Nela dan Melur membuat hati saya tenang.

Pada keesokan harinya, kami berangkat ke Xinjiang. Dari udara saya dapati Xinjiang dibangunkan dengan terancangan. Dari udara, kelihatan bangunan tersusun kemas dan cantik. Membuatkan saya teruja untuk melihat Xinjiang dari dekat. Penerbangan dari Beijing ke Urumqi, Xinjiang mengambil masa 6 jam. Kami dibawa ke hotel penginapan dan makan malam bersama-sama semua peserta Xinjiang Dalam Lensaku. Kami semua dibahagikan kepada 4 kumpulan. Saya bersama-sama peserta dari Indonesia dan Mesir akan ke utara Xinjiang. Teruja, cemas, gusar, gembira menanti hari esok untu ke utara Xinjiang.

Perjalanan di utara Xinjiang selama 20 hari benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam. Kami dibawa melihat kehidupan penggembala tardisional dan moden. Etnik Kazak, Mongol dan Russia mengalami pelbagai perubahan kemodenan. Ada yang masih menginap di dalam khemah dan ada yang belajar hidup di rumah batu. Mereka mempunyai pelbagai kebudayaan dan kesenian yang sangat menarik dan indah untuk dikenangi.

Kami dibawa ke padang rumput yang luas dan menghijau. Sungguh tenang menyedut udara segar tanpa pencemaran. Kesihatan saya lebih baik berada di Xinjiang walaupun panas siang hari ini benar-benar memeritkan. Namun begitu, saya lebih baik, kuat dan cergas. Kami mengunjungi beberapa daerah iaitu Shihezhe, Usu, Karamay, He Bu Ke Sai Er, Er Min, Ta Cheng dan Yu Min. melihat kehidupan dan pembangunan pelbagai etnik di utara Xinjiang. Saya benar-benar teruja berada di Xinjiang. Sebuah Bandar yang cantik kampung yang indah dan padang rumput yang luas sejauh mata memandang. Pelbagai etnik hidup bersatu padu dan harmoni serta sangat mesra dan peramah. Saya seperti berada di negara sendiri. Dilayan bagai raja dan dijamu makanan yang sangat enak. Saya berterima kasih kepada CRI yang menghadiahi saya sebuah pengalaman yang indah dan mendewasakan.

Saya melihat kebudayaan yang pelbagai. Membuat saya berasa seronok setiap hari berada di tempat yang dibawa kami. Menemui etnik Kazak yang mempunyai pakaian indah, mahir kerja tangan dan hasil sulaman yang indah. Saya menemui etnik Kazak di desa yang hidup aman dan damai. Saya juga menemui Etnik Kazak di Bandar yang menerima perubahan dan peredaran zaman yang moden. Saya melihat mereka tangkas berkuda, tangkas menari dan lunak suara mendendangkan lagu tradisional mereka, malah tangan tangkas menjahit dan menyulam. Hasilnya selimut yang indah, hiasan yang comel dan pakaian yang cantik. Saya benar-benar bahagia menerima pengalaman baru berada bersama-sama mereka.

Sepanjang jalan juga kami melihat tanaman jagung yang menghijau. Bunga matahari yang menguning benar-benar membuat saya teruja. Di Malaysia ada juga jagung dan bunga matahari, tetapi tidak seluas ladang yang saya lihat di sini. Kenakan jagung rebus membuatkan saya seperti berada di Malaysia. Bukan hanya jagung, buah pic dan anggur yang manis membuatkan saya sukar melupakan Xinjiang. Keenakan daging kambing biri-biri, ayam da pan ji (mangkuk besar), sayuran segar dan keenakan teh dan susu membuatkan saya merindui Xinjiang.

Xinjiang sebuah negeri yang bersih dan segar. Pegawai pentadbir Xinjiang sangat menjaga alam sekitar. Kawasan tandus yang tiada hidupan di tanam pelbagai pokok. Hidup subur dan segar. Di kawasan kilang, rumah dan tempat rehat semuanya memiliki pokok. Yang buat saya begitu teruja dan kagum, di kilang PVC dan kimia ditaman pokok buah-buah dan pokok hijau untuk mencantikkan kawasan dan juga buahnya boleh dimakan. Saya tidak pernah melihat amalan sebegini di Malaysia. Kawasan kilang boleh diwujudkan taman dan kebun buah-buahan. Pastinya akan saya catatkan dalam laporan dan juga makalah saya dalam majalah terbitan DBP. Sesuatu yang baik wajar diikuti untuk kebaikan semua.

Xijiang negeri yang kaya. Ada minyak (petroleum), batu permata, negeri yang subur, rakyat yang peramah, negeri yang luas membuatkan kami gembira berada di Xinjiang. Karamay sebuah bandar minyak yang maju. Membangun kerana penemuan sumber asli yang berharga ini. pemandangan yang luar biasa dan mengujakan kerana kawasan yang luas dan tandus ini memiliki harta yang sangat bernilai.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China