Cari:
Catatan Terakhir: Xinjiang yang Mempersonakan
2013-08-15 14:37:54 CRI Cetak

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai tempatan Xinjiang yang bersama-sama kami menerokai keindahan utara Xinjiang. Terima kasih kerana menyediakan perjalanan yang indah, makanan yang lazat, tempat tidur yang mewah dan juga bersabar dengan kerenah kami. Terima kasih kepada Pegawai Yuyu yang sangat mesra dan baik hati. Terima kasih.

Kepada pihak televisyen Xinjiang yang bertugas dengan baik dan rajin. ,erakam aktiviti kami tanpa jemu. Mengambil rakaman yang cantik dan kreatif. Terima kasih.

Kepada pemandu bas kami yang cekap dan hebat. Ke mana sahaja kami pergi, pakcik membawa kami dengan sabar. Siang dan malam (apabila kami tidur), membawa bas dengan sabar dan kami tiba dengan selamat. Kalau tidak kerana pakcik, kami tidak dapat melihat keindahan Xinjiang. Terima kasih.

Kepada Heru, F4 (maaf saya lupa nama anda), juru foto dari Ta Cheng, abang (juru kamera) dari Televisyen Xinjiang, pegawai tempatan Xinjiang dan yang menyertai Xinjiang Dalam Lensaku terima kasih. Syukran. Sei sei.

Hari ini saya sudah mahu pulang ke Malaysia. Ada juga sedikit kekesalan saya ketika berada di sini. Saya tidak sempat melihat kehidupan Etnik Uygur walaupun Xinjiang wilayah autonomi terbesar Etnik Uygur, pergi ke ladang jagung dan bersolat hari raya di Masjid. Saya berharap etnik Muslim terus diberikan peluang mengamalkan ajaran Islam. Islam agama yang bersaudara, agama yang mengajar kebaikan dan mengajar berbuat baik. Semoga umat Islam terus aman dan bahagia di bumi Xinjiang.

Semoga pada masa akan datang, program ini terus dianjurkan dan semoga kita bertemu lagi. Xinjiang yang indah dan mempesonakan membuat kami bahagia walaupun berjauhan dengan keluarga tersayang. Saya berharap dapat datang lagi ke Xinjiang.

Malaysia, aku pulang.

Pulau pandan jauh ke tengah,

Gunung daik bercabang tiga;

Hancur badan dikandung tanah,

Budi CRI yang baik dikenang jua。

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh hamba menumpang mandi;

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

(Norzuzilawati Sulaiman, Penolong Editor Dewan Sastera DBP)


1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China