TANPA imaginasi, lawatan anda ke Guilin yang terletak di wilayah Guangxi, China - inilah nasihat umum yang akan didengari daripada hampir semua pemandu pelancong di kota yang dikatakan mempunyai lanskap antara yang tercantik di dunia.
Manakan tidak, di kawasan inilah terletaknya Bukit Li Du yang 'menyimpan' khazanah alam berusia jutaan tahun di perut Gua Reed Flute - antara lokasi 'wajib' bagi setiap pemimpin dunia yang melawat ke wilayah ini.
Bagi kami kumpulan wartawan dari Malaysia dan Indonesia yang dijemput menyertai program Kembara Muslim China 2013 oleh Radio Antarabangsa China (China), pengalaman pertama kali melawat gua yang wujud sejak zaman pra-sejarah ini merupakan suatu perkara yang amat mengujakan.