Cari:
Bebaskan Imaginasi di Gulin (Oleh Nurulanuar dari Utusan)
2013-10-23 12:52:32 CRI Cetak

GAJAH PEMBAWA PAGODA PELINDUNG

Menjadi kewajipan kepada setiap pelawat Guilin untuk bertemu dengan 'si gajah pembawa pagoda' yang setia mengawal kesejahteraan penduduk kawasan ini di pinggir Sungai Li daripada gangguan makhluk-makhluk spiritual.

Namun, jika anda ke kawasan Rekreasi Elephant Hill ini, janganlah pula berharap untuk berjumpa dengan seekor gajah hidup yang membawa pagoda kerana apa yang ada di situ ialah sebuah bukit berketinggian 55 meter dengan sebuah pagoda yang dikenali sebagai kuil Puxian.

Kawasan sekitar bukit berbentuk seekor gajah sedang berdiri ini telah menjadi kawasan rehat dan aantai bagi penduduk Guilin sejak Dinasti Ming kerana keindahan permandangannya terutama pada waktu malam.

Di sini anda boleh menyusuri Sungai Li dan melihat keindahan lanskap berbukit yang unik kepada Guilin selain menyaksikan sendiri bagaimana penduduk setempat menangkap ikan menggunakan burung commorate.

Andainya anda masih belum mempunyai pasangan ketika melawat ke kawasan mungkin anda boleh mencuba nasib dengan beberapa petua tradisional yang boleh dilakukan di pusat rekreasi terkenal ini.


1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China