Cari:
Bebaskan Imaginasi di Gulin (Oleh Nurulanuar dari Utusan)
2013-10-23 12:52:32 CRI Cetak

SINGA BATU, GADIS BERLAGU

Di pintu Gua Reed Flute ini, kami di sambut oleh 'seekor singa' dan anaknya dan di sepanjang perjalanan menuju ke ruang utama gua yang dahulunya merupakan sebuah tasik bawah tanah ini, kami berjumpa pula dengan si 'lelaki tua yang sedang berehat sambil mendengar alunan lagu'.

Di lorong itu juga, Dewi Kwan Yin tersenyum 'menunggu' para pelawat sebelum mata kami 'dijamu' pula dengan selonggok 'hasil tuaian musim panas' yang terdiri daripada pelbagai buah-buahan tempatan.

Tiba diruang utamanya, para pelawat disambut oleh sang 'naga air' dan permandangan pinggiran sebuah bandar yang diserikan dengan cahaya. Ingat pesanan untuk menggunakan imaginasi tadi? Tanpa sedikit khayalan, anda tidak akan dapat melihat semua itu. Apa yang akan anda dapat lihat hanyalah stalagtit dan stalagmit.

Amat rugi jika itu berlaku kerana kepuasan menikmati keindahan ukiran alam itu tidak akan dapat anda rasai dalam alunan lagu tradisional tanda perpisahan yanyian gadis ayu yang menjadi pemandu pelancong di situ.


1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China