Cari:
Aneka Ragam Panorama Wangfujing Street
2014-10-08 14:44:41 CRI Cetak

Wangfujing Street turut menempatkan pelbagai kedai dan butik yang menjual berbagai produk yang berjenama dan tidak berjenama. Ia juga menjual berbagai barangan cenderamata tradisional yang dijual di lorong-lorong pejalan kaki tepi-tepi jalan dan kawasan khas yang disediakan. Pada masa kini Wangfujing Street menempatkan pelbagai barangan komersial moden yang terkenal di samping kedai-kedai lama menjual kasut, topi, kain sutera, gunting, berus Cina, jed, Teh, pencuci mulut, sayur-sayuran jeruk dan itik panggang. Terdapat juga kedai-kedai yang diminati pelancong dari luar negara yang menampilkan ciri-ciri yang unik. Misalnya kedai topi Shengxifu Hat Shop yang mula dibuka pada tahun 1911 adalah merupakan satu ciri perniagaan di Wang Fujing yang menjual topi sejak 100 tahun dahulu. Anda boleh mencari topi yang berbeza daripada bentuk yang lama kepada satu gaya fesyen moden di kedai tersebut. Demikian juga Kedai Jahit Yong Zheng adalah Tukang Jahit paling terkenal dengan teknik yang sangat baik jahitan pakaian formal lelaki di Beijing. Selain itu, terdapat banyak kedai-kedai lama menjual hidangan tempatan yang lazat di Wang Fujing Street ini sama ada di kakilima atau restoran-restoran besar seperti Quanjude Roast Duck Restaurant dan Donglaishun.


1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China