Cari:
Aneka Ragam Panorama Wangfujing Street
2014-10-08 14:44:41 CRI Cetak

Kemuncak kepada panorama di Wangfujing Street ini adalah kawasan bazar atau pasar makanan ringan dan gerai-gerai cenderamata yang terletak di kawasan khas yang berupa lorong-lorong kecil seperti pasar malam (night market). Gerai-gerai di tepi lorong pejalan kaki menjual berbagai jenis makanan ringan dan juga cenderamata yang beraneka bentuk. Terdapat juga berbagai gerai menjual hiasan rumah, barangan elektronik, buah-buahan, mainan kanak-kanak, pakaian dan lukisan. Bazar atau pasar ini sentiasa dipenuhi pengunjung yang bersesak-sesak untuk mendapatkan barangan makanan ringan atau cenderamata yang diminati. Suasananya hiruk pikuk dan pemandangan ini merupakan satu panorama yang sinonim dengan Wangfujing yang sentiasa sibuk dan meriah.

Suasana bazar atau pasar malam di Wangfujing Street

Pasar malam Wangfujing ini amat terkenal dengan jualan makanan ringan exotic seperti sate yang diperbuat daripada berbagai produk. Ada sate daging lembu, sate kambing, sate sotong, sate ulat mulong, sate lipas, sate tapak sulaiman, sate kuda laut dan juga sate kala jengking. Para pengunjung boleh menikmati sate-sate tersebut secara terus yang dimasak ketika itu jugak. Bagi pengunjung bukan Islam mereka sanggup berbaris panjang menunggu bagi mencuba masakan sate tersebut. Rasanya makanan ringan seumpama ini hanya terdapat di pasar malam Wangfujing ini sahaja. Di tempat-tempat lain di Beijing mungkin tidak akan ditemui berbagai `rasa sate' seumpama ini yang merupakan keistimewaan dan keunikan pasar malam Wangfujing yang begitu terkenal ini.

Sate Kala Jengking

Sate Ulat Mulong

1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China