Cari:
Aneka Ragam Panorama Wangfujing Street
2014-10-08 14:44:41 CRI Cetak

Sate Sotong dan sate lipas

Jelaslah bahawa Wangfujing merupakan kawasan atau jalanan aneka ragam panorama yang menarik dan unik. Ianya bukan hanya semata-mata sebagai pusat membeli belah atau tempat berbelanja murah, malahan juga sebagai pusat berbagai sumber maklumat yang penting. Ini termasuklah maklumat tentang gaya hidup masyarakat daripada zaman tradisional hingga ke zaman moden masa kini. Pelbagai warisan kesenian, seni bina, bangunan dan sejarah silam masih dikekal dan dipelihara dengan baik. Ia juga sebagai pusat tarikan pelancong yang tertarik dengan ciri-ciri tradisional sepertimana pasar malam atau bazar yang menjual berbagai jenis makanan tradisional seperti sate dan berbagai replika (cenderamata) barangan lama masyarakat Cina. Sudah tentunya ini menjadi daya tarikan utama kepada pelancong terutama dari luar China yang ingin menyaksikan sesuatu yang unik dan mempunyai nilai-nilai tradisi masyarakat China. Gabungan ciri-ciri tradisional dan moden yang terdapat di Wangfujing ini menjadikan kawasan ini sangat strategis dan wajar dikunjungi oleh para pelancong dan pengunjung dari dalam dan luar China.


1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China