Cari:
Aneka Ragam Panorama Wangfujing Street
2014-10-08 14:44:41 CRI Cetak

Setelah melalui Museum Paleolithic, kita akan berada di pusat membeli belah The Malls of Oriental Plaza yang moden dan menempatkan banyak kedai-kedai menjual jam tangan jenama Barat yang terkenal di dunia seperti Tissot, Longines, Orient, Rolex, Hublot, Citizen, Sony dan sebagainya. Sebaik melangkah keluar daripada The Malls of Oriental Plaza, kita akan menemui bangunan kedai buku yang terkenal di Beijing iaitu Wang Fujing Bookstore. Kedai buku ini menempatkan berbagai koleksi buku dari berbagai bidang dan bahasa di seluruh dunia. Banyak maklumat dan pengetahuan boleh diperolehi dari gedung buku ini. Ianya mengandungi 6 tingkat, iaitu Tingkat Satu: Buku-buku umum dalam berbagai bidang sains sosial, philosophy, politik, budaya, sejarah, ekonomi dan sebagai. Juga terdapat buku-buku panduan pelancongan di China yang lengkap dan menarik; Tingkat Dua: menempatkan buku-buku dalam bidang pendidikan terutamanya di peringkat sekolah menengah dan rendah; Tingkat Tiga: buku-buku berbagai bahasa dari berbagai negara; Tingkat Empat: menempatkan buku-buku literatur Cina dalam bidang drama, muzik, kesenian, ukiran dan sebagainya; Tingkat Lima: buku-buku bersifat teknologi dalam bidang computer, elektronik, seni bina, pengangkutan, industri dan lainnya; Tingkat Enam pula menjual barangan alat tulis, alat muzik, alatan sukan, lukisan dan juga berbagai jenis kad.

Setelah penat mencari maklumat dan sumber rujukan di Wang Fujing Book Store, kita boleh menjamu selera di sebuah restoran Muslim tidak jauh dari situ. Ianya terletak kira-kira 200 meter dari Wang Fujing Book Store dan bersebelahan dengan McDonald. Restoran tersebut dikenali sebagai Dong Lai Shun Muslim Restaurant yang terleak di 198 Wang Fujing Street. Restoran halal ini terkenal dengan makanan steam-boat, satay, kebab dan nasi goreng. Dibuka dari jam 10 pagi hinggalah ke 11 malam. Pengunjung yang beragama Islam dan bukan Islam sering memenuhi restoran ini setiap hari. Harganya juga berpatutan, misalnya nasi goreng berharga 18 Yuan satu pinggan dan kebab 13 Yuan satu cocok. Masakannya merupakan gabungan perasa Arab dan China yang banyak mengandungi rempah dan berperisa pedas.

Restoran Muslim (Halal) Dong Lai Shun


1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China