Menteri Luar Filipina, Albert Del Rosario ketika menyampaikan pidato di Belgium mengutuk China mengenai isu Laut China Selatan. Menurutnya, Filipina telah berusaha dengan sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah itu secara damai, tetapi gagal dan terpaksa mengusahakan saluran yang terakhir, iaitu timbang tara berdasarkan Undang-undang Antarabangsa.
Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam berkata, pihaknya telah beberapa kali mencadangkan untuk memulihkan mekanisme rundingan yang sedia ada atau menubuhkan mekanisme baharu. Tetapi Filipina menutup pintu rundingan secara sepihak dan giat menuduh China dalam masyarakat antarabangsa. China menuntut Filipina menghentikan tuduhan yang tidak berasas dan kembali ke jalan rundingan. .