Cari:
Xi: Galak Kesalinghubungan Asia Pasifik
2013-10-08 16:53:40 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengemukakan gagasan untuk mewujudkan kesalinghubungan Asia Pasifik yang meliputi kedua-dua pantai Lautan Pasifik, dalam sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-21 di Bali, Indonesia hari ini.

Xi berkata, APEC patut bekerjasama menggalakkan kesalinghubungan Asia Pasifik sejajar dengan hala tuju semasa. Untuk itu, empat aspek perlu diberikan perhatian. Pertama, mewujudkan kesalinghubungan di rantau ini untuk memacu pembangunan koridor ekonomi pelbagai subrantau, dan seterusnya menubuhkan pasaran gergasi yang melibatkan populasi 2.8 bilion orang dari 21 entiti ekonomi. Kedua, memecahkan kebuntuan dalam usaha pembangunan kesalinghubungan, dan membina hubungan rakan pelaburan dan pembiayaan yang disertai secara meluas oleh kerajaan, syarikat swasta dan institusi antarabangsa. Ketiga, mendorong kesalinghubungan dan pembangunan infrastruktur dalam rangka kerjasama serantau dan antarabangsa. Dan keempat, memanfaatkan kesalinghubungan untuk mempererat hubungan dalam kalangan rakyat Asia Pasifik dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kewangan, pendidikan, sains dan teknologi serta kebudayaan bagi meningkatkan persefahaman dan kesalingpercayaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China