Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2013 ditutup di Bali, Indonesia semalam.
Presiden Xi menghadiri Sidang Kemuncak CEO APEC.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dalam ucapannya pada sidang kemuncak itu menyatakan bahawa APEC memainkan peranan penting dalam pertumbuhan lestari ekonomi global. Berdasarkan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), pertumbuhan ekonomi APEC akan mencatat 6.3% pada tahun ini dan 6.6% pada tahun depan, iaitu dua kali ganda lebih tinggi berbanding pertumbuhan purata global.
Para peserta berpendapat bahawa kerjasama pelbagai entiti ekonomi besar diperlukan untuk mengekalkan kedamaian dan kestabilan di Asia Pasifik. Usaha entiti ekonomi tersebut dalam bidang pembinaan infrastruktur dan pelaburan perlu diperhebat bagi menjamin pertumbuhan ekonomi serta kemakmuran dan pembangunan di rantau ini. Entiti ekonomi berkenaan juga perlu menggalakkan kebebasan perdagangan dan integrasi ekonomi bagi mewujudkan kesalinghubungan melalui pemeteraian perjanjian perdagangan bebas (FTA).