Cari:
Presiden Xi: Galak Integrasi Ekonomi Serantau
2013-10-08 10:56:19 CRI Cetak

Para anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) patut bekerjasama menggalakkan integrasi ekonomi serantau, serta komited kepada pembangunan terbuka, menentang fahaman perlindungan perdagangan, dan menyuntik semangat baharu kepada sistem perdagangan multilateral.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika membentangkan pendirian China mengenai pengurusan perdagangan bebas dan sistem perdagangan multilateral di rantau Asia Pasifik dalam Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC semalam.

Beliau menegaskan, China bersikap terbuka terhadap sebarang mekanisme yang bermanfaat bagi integrasi Asia Pasifik. Mekanisme pertukaran maklumat kawasan perdagangan bebas (FTA) perlu dibentuk dengan segera.

Selain itu, para anggota maju patut menjadi teladan dalam usaha memperluas keterbukaan pasaran berdasarkan Semangat Bogor.

Pada masa yang sama, APEC juga perlu bekerjasama menjayakan Rundingan Pusingan Doha.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China