Laporan tentang kenyataan Duta Besar China ke Malaysia bahawa Malaysia menolak lima kemungkinan berkaitan kehilangan pesawat MH370, termasuk pesawat itu dirampas, meletup di udara dan mengalami kerosakan radar adalah tidak benar. Demikian kata pegawai Kedutaan Besar China di Malaysia hari ini.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Turus Tentera Rakyat Vietnam di Hanoi hari ini berkata, Vietnam memutuskan untuk menjalankan operasi mencari pesawat yang hilang itu di darat. Vietnam turut meminta kerjasama Kemboja dan Laos untuk melakukan operasi mencari di kawasan sempadan.