Tiada objek atau isyarat daripada pesawat MH370 ditemui setakat ini. Maklumat itu diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang akhbar yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12 tengah hari tadi.
Menyentuh tentang laporan media bahawa serpihan bangkai pesawat berkenaan telah ditemui, Datuk Azharuddin berkata bahawa berita itu tidak pernah disahkan oleh pihak Vietnam.
Tambah beliau, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) telah menemui tompokan minyak berwarna kuning di kawasan perairan 20 batu nautika dari tempat pesawat MH370 hilang. Tompokan minyak itu sedang diuji, dan keputusannya dijangka akan diumumkan hari ini.