Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), dalam taklimat tentang MH370 kepada anggota keluarga penumpang dalam pesawat yang hilang itu pada pukul 9 pagi tadi memaklumkan tiada perkembangan baharu mengenai peristiwa kehilangan pesawat berkenaan. Dua orang anggota keluarga penumpang telah berlepas ke Kuala Lumpur dari Beijing malam semalam.
MAS kini juga membantu anggota keluarga penumpang warga China menguruskan visa ke Malaysia. Syarikat penerbangan itu merancang menyediakan sebuah pesawat carter yang boleh membawa maksimum 285 orang untuk berlepas ke Malaysia esok.
MAS akan memberikan taklimat terkini mengenai insiden kehilangan pesawat MH370 pada pukul 12 tengah hari.