Cari:
Pelbagai Pihak Janji Bantu Usaha SAR Pesawat MH370
2014-03-17 12:56:17 CRI Cetak

Sidang Media di Kuala Lumpur 16 Mac

Pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) masih belum ditemui sejak hilang 10 hari lalu. Beberapa negara dan pertubuhan antarabangsa telah berhubung dengan Malaysia untuk menyelaras dan berjanji menyediakan pelbagai sokongan dalam usaha menyiasat serta operasi mencari dan menyelamat(SAR). Pada masa yang sama, Malaysia turut meminta negara terlibat membantu mengenal pasti arahan penerbangan pesawat itu.

Kementerian Luar Perancis menyatakan semalam, tiga pakar daripada Biro Penganalisisan dan Peninjauan Keselamatan Penerbangan Awam Perancis sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menyertai operasi SAR pesawat itu. Selain itu, Perancis juga menggunakan sumber satelit awam dan ketenteraan untuk memberikan sokongan kepada usaha itu. Perdana Menteri India, Sujatha Singh yang berhubung dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui telefon semalam berkata, beliau prihatin terhadap kehilangan pesawat MH370 dan berjanji pihaknya akan memberikan bantuan sewajarnya kepada Malaysia. Pada hari yang sama, Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa(Interpol) juga menyatakan akan meneruskan bantuannya kepada Malaysia.

Anggota tentera Malaysia menyatakan bahawa sebagai sebahagian usaha penyiasatan, sekumpulan pakar menerbangkan sebuah kapal Boeing 777 berdasarkan data yang terkumpul daripada satelit dan sistem radar mengenai pesawat yang hilang itu. Serentak itu, Malaysia meminta negara berkenaan membantu memeriksa radar mereka sama ada pernah mengesan isyarat dari pesawat MH370.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China