Cari:
Empat Hasil Cemerlang Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN
2014-07-10 13:10:40 CRI Cetak

Jumlah import-eksport antara China dengan ASEAN meningkat 10.9% berbanding tahun 2012, dengan mencatat USD 443.6 bilion pada tahun 2013. Peningkatan ini juga mendahului kebanyakan rakan dagang China. Presiden China, Xi Jinping telah mengemukakan cadangan membina komuniti berkongsi nasib dengan negara-negara ASEAN. Perdana Menteri China, Li Keqiang juga mengemukakan "Rangka Kerjasama 2+7" dalam hubungan bilateral. Berasaskan saling menguntungkan, kerjasama antara China dengan ASEAN telah memperlihatkan empat hasil cemerlang.

Pertama, memulakan rundingan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA). Pada bulan Oktober tahun 2013, PM Li bercadang memulakan rundingan tersebut secepat mungkin dalam rangka lawatan ke ASEAN. Menurut beliau, kedua-dua pihak dapat membincangkan langkah untuk terus menurunkan tarif, mengurangkan sekatan bukan tarif dan menggalakkan rundingan komitmen perdagangan perkhidmatan baharu, menggalakkan keterbukaan pragmatik dalam bidang pelaburan dengan memudahkan kemasukan dana dan personel supaya menjayakan penaiktarafan CAFTA yang lebih luas dan bermutu. Sasarannya ialah jumlah perdagangan bilateral meloncat pada USD 1 trilion menjelang tahun 2020 dan pelaburan dua hala bertambah USD 150 bilion dalam tempoh lapan tahun akan datang.

Kedua, mempercepat pembinaan infrastruktur untuk mewujudkan kesalinghubungan. Ini bermanfaat bagi memudahkan perdagangan serantau dan meningkatkan perdagangan multilateral. Memandangkan beberapa negara di rantau ini menghadapi masalah pembiayaan untuk memperbaiki keadaan infrastruktur, China bercadang menubuhkan "Bank Pelaburan Infrastruktur Asia" untuk menyediakan platform Tawaran Awam Permulaan (IPO) bagi kesalinghubungan di ASEAN dan rantau ini, sekaligus meningkatkan kemampuan pembiayaan bersama.

Ketiga, menggalakkan Kerjasama Ekonomi Pan Teluk Beibu. Konsep kerjasama tersebut buat kali pertama dikemukakan dalam forum berkenaan di Nanning, China pada Julai 2006, dengan menyasarkan memperluaskan kerjasama ekonomi antara China dengan Vietnam yang berada di Teluk Beibu ke pelbagai negara ASEAN yang berdekatan dengan teluk tersebut, termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam. Penggalakkan kerjasama ekonomi di rantau ini telah membentuk corak baharu dalam rangka kerjasama ekonomi serantau China-ASEAN. Kini, Kerjasama Pan Teluk Beibu telah menyelesaikan penyelidikan akademik dan memulakan kerjasama pragmatik. China merancang mengutamakan kerjasama ini bagi mewujudkan sasaran pembinaan "Jalan Sutera Maritim" yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping. Sokongan terhadap logistik di pelabuhan dan perkhidmatan kewangan untuk memudahkan perdagangan dan pelaburan akan diutamakan untuk mewujudkan kerjasama dan sasaran tersebut.

Keempat, Ekspo China-ASEAN. Sejak tahun 2004, Ekspo China-ASEAN yang dianjurkan 10 kali di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi ini telah menarik kehadiran 52 orang pemimpin dari China dan negara ASEAN serta 423 ribu pedagang. Lebih 280 mesyuarat dan forum peringkat tinggi serta aktiviti berkenaan diadakan dalam tempoh ekspo tersebut. Ekspo China-ASEAN telah menjadi platform penting bagi menggalakkan pertukaran persahabatan, kerjasama ekonomi dan perdagangan serta pelbagai bidang yang lain antara China dengan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China