Cari:
Persembahan Pasukan Aerobatik China di Thailand
2015-11-23 14:27:00 CRI Cetak

Atas undangan kerajaan Thailand, Pasukan Pertunjukan Penerbangan "1 Ogos" Tentera Udara China semalam berlepas ke negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam acara persembahan penerbangan bagi majlis penutupan latihan bersama "Falcon Strike 2015" angkatan udara China-Thailand.

Jurucakap tentera udara China, Jeneral Shen Jinke berkata, pasukan pertunjukan yang terdiri daripada tujuh buah pesawat "J-10 Vigorous Dragon" telah tiba di pangkalan udara Korat, Thailand dan akan membuat dua pertunjukan.

Komander pertunjukan kali ini, Mejar Jeneral Feng Aiwang ketika diwawancara berkata, pertunjukan kali ini mencerminkan persahabatan antara kedua-dua negara.

Pihaknya telah membuat persiapan untuk pertunjukan kali ini berdasarkan persekitaran lapangan terbang dan keadaan meteorologi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China