Cari:
Indonesia Selesaikan Persiapan Penubuhan Komuniti ASEAN
2015-11-25 15:07:18 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang diadakan pada 23 November lalu telah mengumumkan bahawa Komuniti ASEAN akan ditubuhkan pada 31 Disember nanti.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata, pihaknya telah menyelesaikan 94.1 peratus kerja-kerja persiapan bagi penubuhan komuniti tersebut.

Indonesia akan mengambil peluang ini untuk menghadapi cabaran ekonomi serantau dan dunia serta mempertahankan reformasi dan keterbukaan bagi mendorong pembangunan sosioekonomi.

Komuniti ASEAN yang berteraskan kepada tiga tunjang utama, iaitu Komuniti Politik Keselamatan ASEAN (APSC), Komunti Sosiobudaya ASEAN (ASCC) dan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) akan menubuhkan pasaran tunggal yang melibatkan 600 juta orang penduduk.

Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN akan mencatat USD 4.7 trilion (RM20 trilion) menjelang tahun 2020 dan menjadi entiti ekonomi keempat terbesar di dunia.

Integrasi dalam politik akan meningkatkan peranan ASEAN dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China