31 orang pegawai syarikat kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Thailand semalam mula mengikuti latihan profesional selama tiga hari di Pusat Latihan HSR Wuhan, pangkalan latihan tenaga profesional HSR yang pertama di China.
Ini merupakan kali pertama pusat itu menyediakan latihan kepada pegawai syarikat HSR asing sejak ditubuhkan.
Hal ini dianggap memperlihatkan projek usaha sama pembinaan dan operasi HSR antara kedua-dua negara sedang diperkasakan.
Para peserta akan lebih memahami pencapaian, pengalaman dan teknologi yang canggih tentang kereta api China melalui latihan kali ini.
Kerjasama antara China dengan Thailand dalam projek pembinaan landasan kereta api akan memberikan sumbangan bagi persahabatan dan pembangunan ekonomi serta mendorong pertukaran sumber, tenaga profesional dan teknologi dalam bidang tersebut antara kedua-dua negara.