Cari:
Duta Besar AS Dituduh Fitnah Keluarga Diraja Thai
2015-12-10 15:35:02 CRI Cetak

Duta besar AS, Glyn Davies disiasat oleh polis Thailand atas tuduhan "memfitnah keluarga diraja", kerana mengkritik Undang-Undang Larangan Menyinggung Keluarga Diraja.

Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) diminta memberi kerjasama kepada polis untuk menjalankan siasatan yang berkenaan.

Davies dalam ucapannya di FCCT pada 25 November lalu telah memuji hubungan antara AS dengan Thailand. Katanya, Washington menghormati raja Thailand.

Namun, Washington juga memberikan perhatian kepada rakyat yang dihukum oleh mahkamah tentera Thailand berdasarkan undang-undang tersebut. Menurut Davies, tiada individu atau kumpulan yang patut dipenjara kerana menyuarakan pandangan secara damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China