Duta Besar China menyerahkan 99 basikal kepada Thailand di jabatan perdana menteri semalam. Hadiah itu bertujuan untuk menyatakan tahniah atas hari ulang tahun ke-88 raja Thailand, Bhumibol Adulyadej dan aktiviti "berbasikal demi bapa" untuk baginda. Duta besar China, Ning Fukui berkata, persahabatan China dan Thai sebagai dua negara jiran berkembang sejak zaman dahulu. Pihaknya berharap menunjukkan hormat kepada baginda dan keluarganya.
Perdana Menteri Thai, Prayut Chan-o-cha mengucapkan terima kasih kepada China. Beliau berharap kedua-dua negara meningkatkan kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang serta mengekalkan hubungan persahabatan untuk selama-lamanya.