Cari:
Jerebu: Indonesia Hukum 23 Syarikat
2015-12-23 15:54:24 CRI Cetak

Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia baru-baru ini menjatuhkan hukuman kepada 23 syarikat yang terlibat dengan aktiviti pembakaran hutan sehingga mengakibatkan je­rebu teruk di rantau Asia Tenggara.

Antaranya, tiga buah syarikat ditutup terus, manakala lesen operasi bagi 14 buah syarikat lagi ditarik balik.

Selain itu, 33 syarikat lagi masih disiasat yang juga memungkinkan lesen operasi ditarik balik jika didapati bersalah.

Menurut statistik Indonesia, jerebu yang melanda hampir tiga perempat daripada wilayah negara itu telah meragut 19 nyawa, selain menyebabkan lebih 500 ribu orang menderita akibat penyakit sistem pernafasan.

Jumlah kerugian kerajaan dianggarkan melebihi USD 30 bilion.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China