Skuad antikeganasan Indonesia baru-baru ini berjaya menumpaskan satu rancangan serangan bom yang menyasarkan gereja dan jabatan kerajaan, dengan menahan tujuh suspek di Jawa Tengah, Jawa Timur dan Jawa Barat.
Polis sedang menyisasat sama ada suspek tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) atau tidak.
Pasukan petugas khas tersebut bertindak atas maklumat yang disalurkan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan polis Australia.
Ketua Polis Indonesia, Komander Jeneral Badrodin Haiti berkata, pihaknya akan meningkatkan kawalan keselamatan bermula pada 24 Disember hingga 2 Januari ini.
Sebilangan besar tentera dan polis akan ditempatkan di beberapa tempat awam.