Mesyuarat Pegawai Kanan Kerjasama Sungai Lancang-Mekong (LMC) ke-3 diadakan di Hainan, China pada 24 Februari lalu.
Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin dan rakan sejawatnya dari Thailand, Vitavas Srivihok bersama-sama mempengerusikan mesyuarat tersebut yang turut disertai oleh pegawai kanan dari Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.
Mesyuarat ini diadakan sebagai persiapan untuk mesyuarat pemimpin LMC pertama yang dijadualkan pada akhir Mac.
Liu Zhenmin berkata, melalui usaha bersama semua pihak selama lebih setahun, kerjasama LMC telah mencapai kemajuan yang besar.
Mesyuarat pemimpin LMC nanti amat signifikan bagi pembangunan kawasan perairan tersebut pada masa akan datang.
China bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan mesyuarat tersebut, sekali gus menyumbang kepada pembangunan subkawasan Sungai Mekong serta Komuniti ASEAN.