Cari:
Tender Projek Infrastruktur Filipina Bernilai USD 6.5 Bilion
2016-03-10 12:47:32 CRI Cetak

Menurut akhbar Business World Filipina, negara itu akan membuka tender projek pembinaan infrastruktur yang bernilai USD 6.5 bilion, termasuk lebuh raya dan lapangan terbang sebelum Presiden Benigno Aquino III menamatkan tempoh perkhidmatan pada bulan Jun nanti.

Pengarah Pusat Kerjasama Awam-Swasta (PPP) Filipina berkata, 50 projek akan dilaksanakan oleh bakal presiden baharu, dan tender bagi 11 projek daripadanya akan mula dibuka pada bulan hadapan.

Presiden Aquino telah meluluskan 12 projek PPP yang bernilai USD 42 bilion sejak tahun 2010.

Projek-projek tersebut bertujuan untuk menarik pelaburan asing dan memajukan infrastruktur di negara itu.

Pada ketika ini, kelima-lima calon presiden berjanji akan mengutamakan pembinaan infrastruktur negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China