Cari:
Filipina Benarkan AS Guna 5 Pangkalan Tenteranya
2016-03-21 15:08:14 CRI Cetak

Filipina dan Amerika Syarikat (AS) telah mengadakan mesyuarat tahunan Dialog Strategik Bilateral (BSD) ke-6 di Washington pada 18 Mac yang lalu.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut, pasukan tentera AS telah dibenarkan untuk menggunakan lima pangkalan tentera Filipina, antaranya termasuklah sebuah pangkalan tentera yang terletak di Pulau Palawan yang berhampiran dengan kepulauan Nansha China.

Timbalan Penolong Setiausaha Pertahanan AS bagi Hal Ehwal Asia Selatan dan Asia Tenggara, Dr. Amy Searightis berkata, perjanjian itu dicapai dalam rangka Perjanjian Kerjasama Pemerkasaan Pertahanan (EDCA) yang ditandatangani oleh kedua-dua negara pada tahun 2014.

Filipina mengizinkan pasukan tentera AS menempatkan kapal perang dan pesawat tentera secara bergilir-gilir di wilayahnya.

Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter akan mengadakan lawatan ke Filipina pada bulan hadapan untuk membincangkan perkara tersebut secara terperinci.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China