Cari:
Kerjasama AS-Filipina Tidak Patut Sasarkan Pihak Ketiga
2016-03-22 14:35:47 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam berkata, kerjasama antara Amerika Syarikat (AS) dengan Filipina tidak patut menyasarkan pihak ketiga hingga menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara lain.

Kedua-dua negara mengadakan mesyuarat tahunan Dialog Strategik Bilateral (BSD) pada 18 Mac yang lalu dan mencapai persepakatan tentang penggunaan lima pangkalan tentera Filipina oleh tentera AS berdasarkan Perjanjian Kerjasama Pemerkasaan Pertahanan (EDCA), termasuk pangkalan tentera Filipina yang terletak berhampiran dengan Laut China Selatan.

Menurut Hua, kerjasama antara kedua-dua negara tersebut tidak boleh menjejaskan kedamaian dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China