Cari:
Li Keqiang Ditemui Pemimpin Negara-Negara Sungai Mekong
2016-03-23 14:43:43 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui rakan sejawatnya dari Thailand, Kemboja dan Laos serta Naib Presiden Myanmar dan Timbalan Perdana Menteri Vietnam yang menghadiri Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Sungai Lancang-Mekong yang pertama di Sanya, provinsi Hainan petang semalam.

Li berkata, mekanisme kerjasama Sungai Lancang-Mekong yang hanya suatu inisiatif sebelum ini telah menjadi realiti dalam tempoh lebih setahun yang lalu.

Pihak-pihak yang terlibat telah meluluskan dokumen kerjasama serta mengemukakan tiga tonggak bagi kerjasama tersebut, iaitu keselamatan politik, ekonomi dan pembangunan mampan serta kemasyarakatan.

Kesalinghubungan, kapasiti pengeluaran, ekonomi merentas sempadan, sumber air, pertanian dan pembasmian kemiskinan menjadi lima aspek utama dalam kerjasama tersebut.

China bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara berkenaan demi mencipta masa depan yang gemilang dalam kerjasama Sungai Lancang-Mekong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China