Cari:
Rondaan Bersama Ke-44 sepanjang Sungai Mekong Berakhir
2016-03-26 15:53:01 CRI Cetak

Rondaan bersama ke-44 sepanjang Sungai Mekong yang disertai oleh China, Laos, Myanmar dan Thailand yang berlangsung selama empat hari tiga malam telah berakhir malam tadi. Tiga kapal penguatkuasa China yang membawa 103 petugas telah pulang ke Pelabuhan Guanlei, provinsi Yunnan pada pukul 6.30 malam tadi.

Pasukan peronda yang disertai oleh empat negara tersebut telah membanteras jenayah keganasan, pemerdagangan senjata dan penyeludupan dadah serta barang-barang. Selain itu, pasukan tersebut telah mengadakan pertukaran perisikan dan maklumat serta pertukaran kebudayaan dan sukan. Mekanisme tersebut amat berkesan untuk membanteras jenayah, memelihara keamanan dan kestabilan serta berkhidmat untuk rakyat yang menetap di kedua-dua tebing sungai tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China