Cari:
Pertumbuhan Ekonomi Malaysa Diunjur 4 hingga 4.5 Peratus
2016-04-20 14:38:36 CRI Cetak

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia diunjur 4 hingga 4.5 peratus pada tahun ini.

Najib dalam laman Facebooknya berkata, eksport dijangka meningkat 3.2 peratus pada tahun ini berbanding 0.7 peratus pada tahun 2015.

Jumlah perdagangan Malaysia secara keseluruhannya akan mencapai lebihan dagangan pada tahun ini.

Selain itu, kadar tukaran ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pula semakin kukuh setelah menjunam pada tahun lalu.

Menurut beliau, ekonomi Malaysia di dalam dan di luar negara menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Pihaknya telah mengambil pelbagai langkah bagi merangsang pertumbuhan ekonomi. Najib yakin akan masa depan ekonomi Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China