Majlis resepsi sempena memperingati ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN diadakan di Jakarta, Indonesia, semalam, yang diserikan dengan kehadiran Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu, Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh, serta 600 orang tetamu lain dari negara-negara Asia Tenggara.
Xu Bu dalam ucapannya memuji hasil kerjasama kedua-dua pihak sejak 25 tahun lalu, yang membuahkan prestasi cemerlang dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan lain-lain. Beliau menyifatkan hubungan China-ASEAN sebagai tulang belakang dalam usaha memelihara kedamaian dan kestabilan serantau, dan bukan hanya terbatas dalam lingkungan bilateral.
Dalam pada itu, Le Luong Minh meluahkan harapan agar fasa kedua Pelan Tindakan mengenai Deklarasi Bersama Perkongsian Strategik China-ASEAN Menuju Arah Kedamaian dan Kemakmuran bagi tempoh 2016 hingga 2020 dapat dilaksanakan lancar bagi menaiktarafkan kerjasama dua hala.