Siri aktiviti pertukaran budaya China-Thailand 2016 diadakan di Kolej Teknologi Vokasional Nanning (NCVT), Wilayah Autonomi Guangxi, China baru-baru ini.
Naib Presiden NCVT, Huang Liping berkata, pihaknya telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan lebih 20 institusi pengajian tinggi di Malaysia, Thailand dan Vietnam.
NCVT dan institusi pengajian tinggi terbabit telah melaksanakan pertukaran pensyarah dan mahasiswa, merangka sukatan pelajaran serta aktif menyertai penubuhan pusat latihan di luar negara.
Guangxi kini menjadi "jendela" bagi kerjasama dan interaksi antara China dengan ASEAN.
Kerjasama wilayah tersebut dengan negara-negara ASEAN dalam pendidikan vokasional semakin meningkat.
Satu perlima pelajar ASEAN yang melanjutkan pengajian di China berada di Guangxi.