Ekspo Antarabangsa Laluan Sutera 2016 yang juga Forum Perdagangan dan Pelaburan Kerjasama Timur dan Barat China ke-20 sedang diadakan di Xi'an, China.
Gerai-gerai yang mempamerkan produk-produk dari negara-negara ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam menarik perhatian para pengunjung.
Lebih 300 syarikat dari 37 negara membuka gerai pameran dalam ekspo kali ini.
Antara produk-produk yang dipamerkan termasuklah pakej pelancongan, barangan kraf tangan dan makanan.
Makanan ringan dari Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam mendapat sambutan yang menggalakkan.