Tokoh-tokoh yang terkemuka dari Filipina semalam menyatakan, kes timbang tara tentang Laut China Selatan menjadi tipu muslihat Amerika Syarikat (AS) untuk mencapai matlamat sendiri dengan menggunakan Filipina.
Bekas Naib Menteri Pendidikan, Antonio Valdes berkata, kes itu nampaknya menangani persengketaan antara Filipina dengan China, sebenarnya segala prosesnya adalah dimanipulasi oleh AS. Yang satu-satunya mendapat manfaat daripada keputusan timbang tara kali ini sama sekali bukan Filipina, melainkan AS.
Penganalisis politik yang terkenal, Hermann Laurel berkata, jikalau Filipina dan China memilih mengadakan rundingan bilateral, negara anggota ASEAN yang lain juga akan mengikut. AS sememangnya enggan menyaksikan hipotesis seumpama itu berkembang menjadi kenyataan. Negara gergasi itu beserta Jepun masih mahu mengekalkan kedudukan mereka dalam monopoli kepentingan dalam ASEAN.
Bekas anggota dewan perwakilan, Satur Ocampo berkata, jikalau berlaku konflik antara Filipina dengan China, AS akan memperoleh alasan untuk mencampur tangan terhadap urusan di rantau ini.