Cari:
Perantau Bimbang akan Situasi di Laut China Selatan
2016-07-13 14:27:57 CRI Cetak

Tribunal timbang tara Laut China Selatan semalam mengumumkan apa yang disebut "keputusan". Hal ini menarik perhatian persatuan-persatuan perantau Cina di pelbagai negara Asia Tenggara. Mereka amat bimbang akan situasi yang meruncing di Laut China Selatan.

Wakil Ketua Umum Perhimpunan Pengusaha Tionghua Indonesia, Zhang Jinxiong berkata, kebanyakan negara-negara di sekitar kawasan perairan Laut China Selatan merupakan negara membangun. Mereka memerlukan kedamaian dan pembangunan yang berkekalan.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Belia Cina Thailand, Li Guixiong berkata, keputusan timbang tara tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa yang bersifat mengikat.

Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan Pedagang Cina Filipina berkata, keputusan timbang tara kali ini tidak memberikan manfaat kepada Filipina. Laut China Selatan tetap menjadi wilayah China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China