Cari:
Utamakan Tujuh Perancangan Atasi Jerebu
2016-08-12 11:16:10 CRI Cetak

Negara-negara anggota ASEAN perlu menjadikan tujuh perancangan dalam Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) sebagai keutamaan tinggi untuk secara berkesan menangani masalah jerebu menerusi persediaan lebih baik.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sesetengah perancangan dalam perjanjian itu yang dibentuk sejak 2002 tidak diaktifkan lagi akibat kekurangan sumber menyebabkan langkah pencegahan pencemaran itu kurang efektif.

Menurut beliau, Pusat Koordinasi ASEAN (ACC) perlu dibangunkan untuk memudahkan kerjasama dan koordinasi antara pihak-pihak yang terlibat bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar itu.

Beliau menjelaskan, pemba­ngunan pusat itu adalah antara tujuh perancangan berkenaan, selain meneroka kerjasama antarabangsa bagi memastikan so­kongan kewangan mapan terhadap Dana Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China