Berpuluh-puluh rakyat Filipina mengadakan tunjuk perasaan di depan kedutaan besar Jepun di Manila untuk membantah kebangkitan semula faham ketenteraan di Jepun, sambil menuntut negara itu membuat permohonan maaf berhubung isu hamba seks serta memberikan pampasan kepada mangsa berkenaan.
Tiga orang mangsa yang menjadi hamba seks tentera penceroboh Jepun semasa Perang Dunia II turut menyertai tunjuk perasaan tersebut.
Para penunjuk perasaan membawa gambar mangsa hamba seks dan slogan "Jepun Perlu Mohon Maaf" untuk mengutuk jenayah Jepun semasa perang tersebut.