Cari:
Pertemuan PM China-Singapura di Laos
2016-09-07 16:40:22 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menemui rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong di Vientiane, Laos malam tadi.

Li berkata, Singapura menjadi rakan yang penting bagi China di rantau ini. Pemimpin kedua-dua negara mengekalkan komunikasi bermanfaat bagi menetapkan hala tuju perkembangan hubungan, merangsang kerjasama pragmatik yang saling menguntungkan, serta meningkatkan persahabatan rakyat.

Menurut Li, hubungan dengan ASEAN sejak sekian lama dijadikan sebagai keutamaan dalam diplomasi China. Sebagai negara penyelaras hubungan China-ASEAN, Singapura diharap terus memainkan peranan yang bersifat membina bagi merangsang hubungan kedua-dua pihak.

Lee Hsien Loong pula berkata, pihaknya bersedia meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan China. Kepentingan bersama antara ASEAN dengan China jauh lebih banyak berbanding dengan percanggahan. Singapura komited memperkasakan persefahaman dan mewujudkan situasi yang saling menguntungkan antara kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China