Cari:
Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN
2016-09-08 16:17:15 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN telah diadakan di Vientiane semalam. Sidang tersebut turut mengeluarkan beberapa dokumen penting. Antaranya termasuklah Kenyataan Bersama yang merupakan dokumen yang paling komprehensif dan holistik, serta amat penting bagi masa depan kedua-dua pihak.

Kenyatan tersebut menyatakan sanjungan yang tinggi terhadap kejayaan pembangunan hubungan kedua-dua pihak, yang bermanfaat kepada China dan ASEAN, malah menyumbang demi kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau.

China, dalam kenyataan tersebut turut menegaskan pendirian, iaitu menyokong pembinaan Komuniti ASEAN dan integrasi ASEAN serta menyokong ASEAN memainkan peranan penting dalam rangka kerja serantau. ASEAN pula mengakui bahawa pembangunan China adalah peluang penting bagi pembangunan rantau dan menyokong pembangunan secara damai di China serta dasar "Satu China".

Kedua-dua pihak juga sebulat suara bersetuju untuk memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang antaranya termasuklah politik, keselamatan, ekonomi dan perdagangan, kesalinghubungan, pendidikan, pelancongan, alam sekitar dan kerjasama subkawasan. Selain itu, kenyataan tersebut turut mencapai pelbagai konsensus dalam usaha untuk menangani isu Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China