Cari:
Singapura Umum Strategi Keselamatan Siber
2016-10-11 15:10:48 CRI Cetak

Minggu Siber Antarabangsa Singapura (SICW) 2016 yang berlangsung selama tiga hari dirasmikan di Singapura semalam.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong turut mengumumkan strategi keselamatan siber Singapura yang menggariskan pelan tindakan bagi mewujudkan keselamatan siber di negara itu.

Menurut beliau, seiring dengan pembangunan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ancaman dan serangan siber kerap berlaku dan semakin serius.

Kini, Singapura sedang menghadapi cabaran dan perlu menetapkan pendekatan yang sistematik dalam usaha tersebut.

Tegas beliau lagi, ancaman siber tidak mempunyai sempadan.

Kerjasama dengan negara-negara lain dalam keselamatan siber amat penting.

Singapura bersedia untuk memperkasakan kerjasama dengan negara-negara lain, khususnya negara-negara ASEAN dalam strategi keselamatan siber.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China