"Bisnis China" Singapura mengumumkan nama pengerusi baharu dan senarai lembaga pengarah baharu pada 1 Oktober yang lalu. Anggota parlimen dari pantai timur, Lee Yi Shyan dilantik sebagai pngerusi baharu pertubuhan tersebut.
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong ketika mengumumkan senarai baharu lembaga pengarah berkata, China menjadi entiti ekonomi kedua terbesar di dunia dan rakan dagang yang paling besar bagi Singapura. Sementara itu, Singapura menjadi sumber pelaburan asing yang terbesar, dan salah satu pasaran komoditi serta perkhidmatan yang terbesar dan berkembang paling pesat bagi China. Beliau berharap "Bisnis China" menggalakkan rakyat Singapura menguasai bahasa Inggeris dan Mandarin serta menghafal kebudayaan kedua-dua negara supaya dapat membantu meningkatkan kerjasama bilateral demi kemakmuran menang-menang.